Semua orang pernah rasa anxious dalam hidup, tapi tak semua orang ada Anxiety Disorder. Anxiety Disorder ialah takut/risau melampau-lampau yang sangat sangat ganggu kehidupan. Biasanya sebab fikir benda2 buruk yang dijangkakan akan terjadi. Ini adalah thread tentang anxiety.

Selective Mutism, Senyap dan tak boleh bercakap dalam situasi tertentu (eg: sekolah) walaupun biasanya memang boleh bercakap

Specific Phobia, Takut melampau terhadap objek/situasi yang spesifik sahaja. Contohnya takut darah, ketinggian, naik flight, jarum.

Social Anxiety, Takut melampau dalam situasi sosial yang mendedahkan diri pada penilaian orang. Contohnya cakap depan orang ramai, jumpa orang baru. Biasanya sebab takut kena judge secara negatif.

Panic Attack, Immediately rasa jantung degup laju, berpeluh, terketar2, susah bernafas, rasa tercekik, sakit dada, pening, nak muntah, sakit perut, rasa hilang kawalan, takut mati. Boleh jadi dalam keadaan tiba-tiba tanpa sebab, walaupun sebelum itu relaks dan tenang.

Agoraphobia, Takut melampau naik kenderaan awam, berada di tempat terbuka (parking) atau tertutup (dalam lif), berdiri dalam barisan atau tengah2 orang ramai, berada di luar rumah bersendirian Takut sebab rasa susah nak lari atau dapat bantuan.

Generalized Anxiety, Secara umumnya memang sentiasa risau dan takut (hampir setiap masa dan hampir setiap hari). Sukar nak kawal. Menyebabkan rasa tak senang duduk, tak tenang, cepat penat, susah fokus, senang blank, cepat marah, sengal2 badan, ganggu tidur.

Paling penting, jangan self-diagnose. Jumpa pakar. Dapatkan penilaian psikologi. Mulakan rawatan & terapi. Moga Allah mudahkan urusan anda.

Akif Basri Young Minds Malaysia

young_editor Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *