Sekarang ini terlalu banyak perkhidmatan kesihatan mental yang menipu, tidak boleh dipercayai & tidak bertauliah. Ini tips bagaimana anda boleh kenal pasti perkhidmatan atau terapis yang palsu.

1. Tiada Latar Belakang Pendidikan Formal Terapis wajib ada pendidikan formal dalam bidang tertentu. Psikiatris bidang perubatan + pengkhususan dalam Psikiatri. Kaunselor bidang kaunseling, sekurang-kurangnya sarjana muda. Psikologis Klinikal bidang psikologi, sekurang-kurangnya Sarjana Psikologi Klinikal. Ada Sarjana Muda Psikologi, pernah belajar subjek Psikologi atau pernah hadir kursus Psikologi 2-3 hari tidak melayakkan seseorang menjadi terapis. Tanya mereka, belajar bidang apa? Di mana?

2. Tiada Pentauliahan Badan Profesional Psikiatris perlu berdaftar dengan National Specialist Register. Kaunselor daftar dengan Lembaga Kaunselor Malaysia. Psikologis Klinikal sebaiknya daftar dengan Malaysian Society of Clinical Psychology. Tanya mereka, berdaftar di mana?

3. Berselindung Di Sebalik Nama yang Tidak Jelas Mereka ini bukan psikiatris, kaunselor atau psikologis klinikal. Mereka buat terapi secara berselindung mempergunakan nama seperti: Terapis, mentalist, healer, trainer, coach, fasilitator. Terma2 umum ini boleh dipergunakan untuk memperdayakan orang. Tidaklah semua yang guna nama2 ini adalah terapis palsu, mungkin mereka ada tugas tertentu dalam bidang lain. (Coach sukan, fasilitator program motivasi) Cuma mereka tidak boleh tawarkan khidmat terapi atau e-terapi. Mereka tidak boleh mendakwa mereka boleh memulihkan depression, anxiety, trauma, fobia, masalah perhubungan, OCD dan lain-lain kecelaruan psikologi.

4. Mereka Melanggar Etika Profesionalisma Setiap profesion ada panduan etika tersendiri. Contoh, Privacy & Confidentiality: Terapis mesti rahsiakan semua maklumat & kisah klien. Kalau langgar etika, boleh kena saman & ditarik lesen.

5. Mereka Mengamalkan Pseudosains Terapi yang mereka jalankan tiada asas bukti sains. Mungkin mereka pandai2 sendiri reka atau belajar dalam kursus pendek 2 hari yang mereka pun tidak tahu adalah pseudo (palsu). Contohnya, Neurolinguistic Programming (NLP). Ada sesetengah “trainer” NLP mendakwa mereka boleh sembuhkan fobia dan trauma. Hakikatnya, teori NLP adalah pseudosains. Masyarakat perlu tahu membezakan perkhidmatan terapi yang profesional dengan yang palsu. Terapi palsu tidak terbukti berkesan, membazir & merbahaya. Kita boleh guna panduan 5 tips ini untuk buat pemeriksaan latar belakang bagi mereka yang mendakwa diri sebagai terapis.

Akif Basri Young Minds Malaysia

young_editor Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *