Ada yang bertanya, Adakah orang yang lagi banyak guna media sosial lebih berisiko mendapat masalah kesihatan mental? Sebenarnya begini. Ia bergantung kepada:

1) “Makna” media sosial kepada seseorang. Untuk apa, bagaimana dia guna.

Ada orang, media sosial memang trigger dia. Ada orang, guna sebagai “coping skills.” Ada orang, nak baca berita sahaja. Jadi, “makna” media sosial kepada seseorang lebih berpengaruh kepada kesihatan mental berbanding jumlah masa yang digunakan.

2) Kalau seseorang guna media sosial sehingga ganggu tidur dan kurang bersenam, ada kemungkinan boleh mengganggu kesihatan mental. Dalam bahasa akademik: “Kualiti tidur dan senaman menjadi mediator kepada hubungan antara media sosial & kesihatan mental.” Jadi, kurang tepat kalau orang kata: “Lagi banyak guna media sosial, lagi teruk kesihatan mental.” Mungkin, bagi sesetengah orang yang “vulnerable.” Tetapi tidak untuk semua orang.

Akif Basri Young Minds Malaysia

young_editor Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *