1. Kalau ambil psikologi, nanti belajar apa? Psikologi ni sains bagaimana manusia berfikir dan bertingkah laku. Antara subjek yang korang akan belajar:

2. Apa syarat minimum lepasan SPM untuk apply? Berbeza ikut universiti. Perlu check website setiap universiti untuk tahu. Secara umumnya, paling kurang BM, BI, Maths perlu kredit. MUET atleast Band 3. Tapi, kalau persaingan tinggi, universiti akan pilih yang paling score la.

3. Pelajar sains tulen je ke boleh ambil psikologi? Tidak semestinya. Pelajar sastera, akaun, agama, atau apa2 pun boleh, asalkan lepas syarat minimum yang ditetapkan universiti.

4. Lepas SPM, apa perlu buat? Sambung lah matriks, STPM atau diploma dalam bidang apa pun, tiada syarat khusus. Tapi mereka yang ada background sains kemanusiaan ada kelebihan sedikit. Cuba score sebaik mungkin, try CGPA 3.00 ke atas. Sebab competition makin tinggi.

Lepas tu apply Degree in Psychology. Di mana? Universiti awam: UKM, UIA, UPSI, UTM, UMS, UNIMAS. Universiti/kolej swasta? Banyak. Cari sendiri.

5. Dah habis degree, ada kerja ke? Pelajar lepasan degree psikologi belum ada pengkhususan. Mereka hanya belajar psikologi secara umum sahaja. Mereka belum digelar “psikologis.” Boleh kerja di mana2 cuma kena pandai tonjolkan skil & kemampuan diri. Contohnya:

6. Kalau nak sambung Masters, apa bidang psikologi yang ada? Masters ada dua jenis: research & coursework – biasanya 2 tahun. Research ni buat kajian sahaja. Coursework masuk kelas, exam macam degree cuma bidang lagi spesifik. Kalau nak buat research, pilihlah topik apa pun, dan kena cari supervisor yang pakar dalam topik tersebut. Kalau coursework, di Malaysia ada:

  • Psikologi Klinikal
  • Psikologi Kaunseling
  • Psikologi Perkembangan
  • Psikologi Industri & Organisasi
  • Psikologi Kanak-kanak

7. Psikologi Pendidikan Semua bidang pun bagus dan bermanfaat. Pilihlah minat yang mana. Cuma sebab saya Psikologis Klinikal, saya ada cerita tentang bidang ini dalam video ini: https://t.co/hAt7SWQP2m?amp=1

Personally, saya sangat menggalakkan anda untuk sambung belajar sekurang-kurangnya sehingga peringkat Masters untuk benar-benar mendalami ilmu psikologi. Anda juga akan ada pengkhususan tersendiri yang akan bermanfaat untuk cari pekerjaan.

Akif Basri Young Minds Malaysia

young_editor Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *