BIO-PSYCHO-SOCIAL-SPIRITUAL-LIFESTYLE of LIFE AND FINANCIAL MANAGEMENT DURING AND AFTER COVID-19

(Pengurusan hidup dan kewangan semasa dan selepas PKP)

Sejujurnya, hidup ini satu percaturan, dan perlu berada dalam imbangan. Adakalanya imbangan sedikit berat dan percaturan salah diwacanakan. Ya, kerana hidup satu perjuangan, dan perjuangan hidup takkan pernah berhenti. Takkan terhenti selagi nyawa dikandung badan kerana, agi hidup agi ngelaban.

Ramai yang terkesan dengan penularan Covid – 19, ramai yang di berhentikan kerja dan ramai yang nyawa-nyawa di atas para, mungkin kena buang mungkin kena simpan kerja. Ada yang bekerja sendiri dan kini mencongak nafas memancing hidup di dalam Lumpur. Ramai yang menggelupur, dan ramai yang tersungkur. Usahlah mending jari salah siapa, usah mengkritik juga menghina kerana hakikatnya, realiti itu pahit, kebenaran harus ditelan jua walau payah.

Betul, duit tidak boleh beli bahagia, tetapi bahagia boleh diberi oleh duit. Nilaiannya hanya kita, namun, bila jatuh ditimpa tangga. Ritma hidup sudah ke mana, bagaimana mengurus sesak di jiwa. Hentikan tangisan sebab hidup perlu diteruskan

Dulu, saya pernah kongsikan MENJALIN MINDA. Apabila terlalu banyak perkara di kepala, bagaimana nak menguruskan emosi dan serabut di kepala. Cara itu menggunakan PETA MINDA yang sering saya ajarkan kepada pesakit saya. Satu cara lagi yang mungkin berguna adalah dengan kaedah Bio-psiko-sosial-spiritual-gaya hidup.

Tuliskan dan lihat. Kemudian, senaraikan masalah kita. Kali ini senaraikan apa sahaja yang terlintas, tak perlu buat PETA minda. SENARAIKAN 1, 2, 3, 4, 5, 6. Lepas tu, SORTING

SORTING tu susun senarai yang anda tulis dalam KATEGORI

—————————————-

Kategori 1: BIOLOGI (Ni masalah berkaitan diri kita dan kesihatan kita, cth, masalah kesihatan seperti kencing manis, darah tinggi, jantung, asthma, stroke, tempang, OKU, masalah pembelajaran, masalah genetik keluarga.

Kategori 2: PSYCHO (Psiko) yang ni masalah jiwa yang mungkin kita alami etc, kemurungan, kerunsingan, kira macam inner self, kekuatan dan kekurangan, parenting, how you were brought up, cara kita menhadapi masalah, menangis ke, meraung ke, senaraikan la semua

Kategori 3: SOSIAL (kita dan orang lain) macam, rendah diri ke, tak banyak kawan ke, banyak sangat kawan ke, cara anda berinteraksi dengan orang, masalah duit

Kategori 4: Spiritual (hubungan dengan Pencipta (ALLAH)) – Hubungan dengan Tuhan, kira religious ke tak, solat ke tak, monteng puasa ke tak, percaya Allah wujud dsb

Kategori 5: Lifestyle (gaya hidup) – merokok, mengarak (minum arak), clubbing, shopping, drive kereta laju-laju dsb

OK, dah senarai, masuk ke Kategori masing – masing, SIASAT (DISECT). DISECT tu.. Tulis la dekat tepi kertas tu.. Conteng – conteng “aku ni gini ke? Peratus teruk tu berapa? Tulis la tepi. Dah DISECT, URUS (MANAGE)- Tulis la penyelesaian yang kita agak-agak boleh buat, tak kisah lah boleh buat sekarang ke nanti ke, tulis la tepi. Kira manage ni macam, what to do list. 

MANAGE ni, saya bagi contoh lengkap

—————————————-

BIOLOGI

1. Buat medikal check-up

2. Pastikan makan ubat

3. Optimumkan kesihatan, gula, tekanan darah, jantung tip top

4. Kawal obesiti, makan yang berkhasiat

5. Stroke-pergi rehab

—————————————-

PSYCHO

1. Dapatkan bantuan pakar jika dirasakan perlu, bukan bomoh dan pawang.

2. Dapatkan diagnosis tepat dari pakar bukan Mr google

3. Jika ada masalah jiwa, makan ubat, terapi, rawatan.

4. Stress management

5. Deep breathing

6. Kenali potensi diri-kekuatan, kekurangan

Tak perlu salahkan keluarga atas kekurangan kerana kita ni manusia dewasa dan boleh ubah nasib dan cara kita berfikir.

—————————————-

SOSIAL

1. selalu memotivasikan diri.

2. Belajar bergaul-bina network

3. Add friend di fb – yang membina

4. Kawal marah-anger management

5. Bina jaringan rakan baru. Rakan perniagaan baru, rakan yang positif.

6. Follow orang orang yang positif

7. Masalah duit-fikir cara menjana duit, membina hubungan positif dgn orang, jaga kata kata-sebagai seller atau org berniaga, kita tak boleh afford hilang customer time time gini.

8. Gunakan lenggok bahasa yang sedap di dengar dan sopan cth: ye puan, ye tuan bukan….kak, mak cik, sebab sensitif, dari nak beli terus x nak..

9. Cari peluang–tengok lah sektor mana yang menguntungkan, “angkut” driver ke, food squirel ke etc…

10. Hentikan rasa dengki kat orang, kalau perlu unfriend, unfriend je….

11. Baiki hubungan dengan anak isteri

12. Luang kan masa berharga dengan keluarga

13. Belajar melihat orang dari kasut orang bukan kasut kita.

14. Baiki hubungan dengan orang yang telah tersakiti dek kita

15. Selami hati isteri/suami

16. Berterus terang kalau di buang kerja, duit tak ada dengan pasangan… Sebab perbincangan akan membuahkan manfaat. Jangan simpan dalam hati, stress sendiri, ini akan merosakkan diri dan hubungan

—————————————-

SPIRITUAL 

Tengok balik, hubungan kita dengan Allah/ Tuhan.

Kita ni ingat tak kat dia, solat sempurna tak, puasa cukup tak, bertaubat pada dia seikhlas hati tak

1. Solat berjemaah dengan anak isteri

2. Solat taubat, solat tahajud (Allah berfirman dalam Al quran banyak kali, solat malam, solat malam

3. Minta dia pada Dia. Kita bukan siapa siapa, rezeki milik dia.

4. Banyakkan amal ibadat, beristighfar..

—————————————-

LIFESTYLE

1. Kita kata kita kene buatan orang, badan dirasuk jin, tapi kita hisap rokok mcm jin, amik vape, arak lagi, dadah lagi, jin memang suka la geng dia

2. Berhenti la arak, rokok, dadah, perempuan etc

3. Joging

4. Kawal pemakanan, diet seimbang

5. Jaga duit- Ginilah.. Pkp pon tak tahu berapa lama, sektor ekonomi merudum- jaga lah duit, tak perlu buat loan baru rumah atau kereta jika tak perlu, tak perlu shopping baju baru, pakai apa yang ada, tak perlu minum “moonbucks” atau “babo” atau makan mahal mewah mewah, sekadar adanya, dsb (ini bergantung pada poket masing masing, kawal seadanya)

6. Disect beban kewangan, dan cuba ubahsuai mengikut bajet dan keadaan kewangan sekarang.

7. Hidup  seadanya.

8. Kereta untuk bergerak dari satu A ke B, bersyukur apa ada

10. Observe apa yang kita shopping – buat bajet

Kenapa, semua step kena tulis. Sebab lepas tulis boleh di baca, dan Allah kata, Iqra’ (baca lah), “Bacalah dengan nama Tuhanmu yang menciptakan”. Hidup medan ujian, moga kita menang dalam ujian ni. Allah kata minta lah dengan jalan sabar dan solat 

We waste our lives waiting for ideal paths to appear in front of us. But they never do. Because we forget that paths are made by walking, not waiting (Keeman, 2020) Kee Man Chuah

Dr. Nurul Syuhaida Abdul Razak Fellow Young Minds Malaysia

Subscribe Now

young_editor Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *