Panjang nak jawab ni. Takpe, saya mulakan dengan cerita pasal diri saya dulu. Nama saya Akif. Lahir di Seremban. Dulu sekolah King George V, Seremban. Ambil jurusan akaun. Tak pernah terfikir nak ambil Psikologi. Satu hari. Satu hari, saya tengok movie. Nama cerita tu A Beautiful Mind. Pelakon utama dia Russel Crowe, berlakon sebagai watak John Nash. John Nash ni ada penyakit Schizophrenia. Dia nampak dan dengar benda yang tak wujud. Sejak itu saya mula minat bidang psikologi. Tapi saya bukan pelajar sains tulen, saya ambil akaun. Boleh ke saya ambil psikologi? Jawapannya, boleh. Lepas SPM saya masuk matriks, ambil jurusan Akaun. Lepas tu baru saya ambil degree dalam Psikologi di Universiti Kebangsaan Malaysia (UKM).

Masa tu tahun 2008, bidang ni tak popular. Semua orang pelik, apa hal saya ambil psikologi? Saya ni psiko ke? Saya nak belajar psiko orang ke? Saya nak baca fikiran orang ke? Saya tak kisah sangat apa orang kata. Yang saya tahu, saya nak belajar Psikologi. Nak faham pasal penyakit mental macam John Nash tadi. Saya pun tak tahu “what to expect.” Bila dah masuk tahun 1, 2, 3, baru tahu. Bidang ni saintifik. Kena belajar buat kajian sains. Statistik. Analisis data guna SPSS. Bukan common sense, bukan baca minda orang.

Subjek yang paling saya minat masa degree:

Psikologi Abnormal. Dalam subjek ini saya belajar apa yang saya nak tahu sangat tu. Saya belajar apa itu depression, anxiety, bipolar, schizophrenia, autism, panic attack, ADHD, borderline personality. Alhamdulillah subjek tu saya dapat A. Subjek yang lain pun ok lah, walaupun sebenarnya tak minat sangat subjek lain tapi boleh la sikit2. Jadi dari situ baru saya tahu: Kalau nak jadi Clinical Psychologist, kena ambil Masters dalam Clinical Psychology. Tak cukup hanya degree! Degree dalam psikologi, kita dapat ilmu asas tentang psikologi. Tapi sangat UMUM. Untuk pekerjaan, belum cukup. Degree dalam psikologi tak melayakkan kita dipanggil “psikologis.” Di Malaysia, mesti ada masters baru dipanggil “psikologis.”

Jadi habis degree, saya apply la nak sambung Clinical Psychology. Dapat masuk interview, tapi saya GAGAL. Ya, saya gagal dalam percubaan kali pertama. Sedih gila. Memang rasa down teramat sangat. Tapi saya gagahkan diri ambil jurusan Masters yang lain, namanya: Masters dalam Psikologi Perkembangan di UKM juga. Belajar tentang proses perkembangan psikologi manusia dari lahir sampai tua. 2 tahun. Best jugak, dapat ilmu baru. Cuma perjalanan saya belum berakhir.

Saya nak jugak ambil Clinical Psychology. Jadi saya cuba kali kedua (selepas dah tamat Masters yang pertama tadi tu). Alhamdulillah LULUS. Jadi saya pun mula belajar apa yang saya minat. Tapi bidang ni tak cukup hanya minat, kena ada PENGORBANAN. Sebab tak mudah. Alhamdulilah lulus, grad on time. Sekarang Alhamdulillah saya praktis sebagai Clinical Psychologist di sebuah klinik swasta, Klinik Psikologi Azlina di Bandar Bukit Mahkota, Kajang. Saya juga pensyarah psikologi separuh masa di universiti awam di Bangi.

Jadi itu serba sedikit tentang perjalanan hidup saya. Esok petang saya sambung lagi jawab soalan ini:

  • Macam mana nak jadi psychologist?
  • Apa bidang Psikologi yang ada di Malaysia

Teruskan follow kalau minat.

Akif Basri Young Minds Malaysia

young_editor Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *