Ali baru keluar daripada bilik boss. Mukanya pucat. Nafasnya tercungap-cungap. "Kau dah kenapa ni Li?" tanya Siti, rakan sekerja Ali. "Aku kena buang kerja. Boss kata nak 'downsize' company ni." "Habis masa depan aku. Anak bini aku nak makan apa?" luah Ali kepada Siti. 
Siti risau melihat Ali.  Termenung, pandangan kosong. Dahinya berkerut. Siti nak bantu tenangkan Ali. Siti pun berkata: "Jangan 'overthinking' sangat Ali. Adalah tu rezeki tempat lain." "Takkan kau takde saving langsung selama ni." "Relaks la. Kau boleh survive punya." Ali hanya mampu diam. Nasihat Siti yang bertujuan menenangkannya langsung tidak membantu. Dia kecewa dengan respons Siti tetapi dia maafkan sebab dia tahu, Siti berniat baik. Tetapi kenapa nasihat Siti tak membantu Ali? 

Kita telah terbiasa merasakan apabila orang meluahkan perasaan kepada kita, mereka sebenarnya meminta nasihat dan solusi. Kita akan rasa “bertanggungjawab” untuk berikan penyelesaian untuk masalah mereka serta merta. Kepercayaan ini sebenarnya kurang tepat.

Yang paling penting apabila orang mula meluahkan perasaan, kita kena “activate mode” untuk mendengar. Dengar tanpa menghukum, dengar untuk faham, bukan untuk respons dan menerima segala luahannya tanpa syarat. Orang putih kata, “unconditional acceptance”. Tak semestinya kita bersetuju dengan semua luahannya. Tak semestinya segala luahannya rasional dan masuk akal. Tetapi pada waktu itu, semua itu tidak penting. Yang penting, anda berada sepenuh jiwa untuk mendengar, menerima dan memahami.

Sebagai manusia, sekali sekala kita akan rasa nak “menyampuk”. Nak bagi pandangan kita, nak betulkan pemikirannya yang negatif, yang bagi dia motivasi & semangat, nak bagi dia dalil-dalil agama. Tetapi semua ini belum sesuai masanya. Cuba kawal diri daripada menyampuk.

Bila anda “activate mode” mendengar

  • Berikan sepenuh fokus. Phone silent, letak tepi.
  • Dengar & respon secara natural (angguk kepala, “ehemm, ooo, i seee”)
  • Validate perasaannya (“uish, beratnya ujian kau ni, peritnya apa yang kau hadapi ni”)

Elakkan:

  • Bagi solusi dan nasihat serta merta
  • Bandingkan dengan masalah lain yang lagi teruk: “kecik je masalah ko ni.. tengok orang Palestin tu.. rumah pun takde”
  • Conversational narcissism

Habis tu tak boleh bagi nasihat langsung ke? Boleh, tetapi kemudian. Itu pun kena hati-hati. Tanpa memahami masalah seseorang secara mendalam dan komprehensif, biasanya nasihat kita tak tepat, kurang masak & tak praktikal. Ingat. Dalam nak memahami psikologi manusia yang kompleks ini, Kita selalu rasa kita dah faham, tetapi kita tak sedar yang ada banyak lagi masalah terpendam yang kita belum faham.

Kisah ini tiada kena mengena dengan Siti Nurhaliza, Siti Awe atau Siti Kassim. Ini Siti yang mana? Kita lah Siti tu, Siti yang sedang belajar menjadi pendengar yang lebih baik.

Akif Basri Young Minds Malaysia

young_editor Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *