Semangat betul saya tengok orang kongsi keputusan ujian #LeftOrRightBrainTest. Berapa % left brain, berapa % right brain. Sebenarnya kefahaman yang manusia ada otak kiri atau kanan yang dominan ini adalah pseudosains.

Kenapa?

Kenapa pula pseudosains? Kan sudah ditulis dalam website ujian itu, ada bukti sains “American neuropsychologist Roger Sperry won the 1981 Nobel Prize in Physiology and Medicine for his work in split-brain research”

Begini, Statement tu betul. Tetapi hasil kajian ini memang selalu diinterpretasi di luar konteks. Orang selalu salah faham maksud sebenar kajian ini. Dr. Roger W. Sperry ni seorang neuroscientist di California Institute of Technology. Dalam tahun 1960-1970an dulu, Roger Sperry ni buat pembedahan otak. Mudah cerita, dia belah corpus callosum, bahagian struktur otak yang menyambungkan hemisfera kiri dan kanan. Lepas bedah, dia buat ujian, dan dapati ada beza “perbezaan kognitif” antara hemisfera.

Bila hasil kajian in diterbitkan, memang terus popular. Semua media buat liputan. The New York Times Magazine (1973) terbitkan artikel bertajuk “We are left-brained or right-brained” Tahun 1981, Sperry dapat Nobel Prize dalam Physiology atau Medicine. Antara salah faham yang muncul daripada kajian ini. Kalau otak kiri dominan maka orang itu begini, kalau otak kanan dominan maka orang itu begini. Memang ada perbezaan fungsi, tetapi bukan semudah itu. Dalam kebanyakan fungsi, kita guna kedua-dua belah otak kanan dan kiri

Contoh, nak faham bahasa, otak kiri tolong kita faham grammar & makna yang literal, otak kanan tolong kita faham metafor dan makna yang tersirat. Beza dia tu lebih kompleks dan spesifik. Nak faham lebih kena tanya ahli neurosains. Sebenarnya Sperry sendiri memberi amaran dalam jurnal Neuropsychologia, lebih 30 tahun dulu “idea otak kiri-kanan sangat mudah untuk disalah fahami. Penting untuk kita ingat, kedua hemisfera berfungsi bersama-sama sebagai satu unit” Tetapi, sampai sekarang orang salah faham.

Jadi janganlah kita tanya orang “Kau otak kiri ke otak kanan? Aku otak kanan, patut aku selalu emo” Dia tidak semudah itu ya. Lagi satu, ujian itu tiada validity dan reliability. Maknanya, keputusan itu tidak boleh dipercayai langsung. Sekadar buat untuk suka-suka sebab bosan sangat duduk rumah masa PKP bolehlah.

Thread ini aku tulis berdasarkan pandangan Stephen M. Kosslyn, Ph.D, seorang psikologis & neurosaintis.

Akif Basri Fellow YoungMinds Malaysia

Rujukan
https://www.psychologytoday.com/us/blog/the-theory-cognitive-modes/201401/left-brain-right-brain-wrong

young_editor Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *