Ramai orang suka sangat jawab personality test & IQ test online kan? Lepas tu kita percaya sangat dengan skor & interpretasi yang diberikan. Macam mana kalau aku cakap, korang semua mungkin kena tipu?

Boleh percaya ke ujian psikologi online ni?

Sebenarnya nak tahu ujian itu boleh percaya atau tak, kena tengok dua aspek.

Pertama, Tahap Validity.

Katakan aku nak uji korang punya tahap keyakinan diri. Aku pun tanya, dalam situasi sosial, anda akan bercakap dengan ramai orang? Ya / Tidak. Aku andaikan, kalau Ya, bermakna anda lebih yakin, kalau Tak, bermakna anda kurang yakin. Tapi boleh ke aku buat andaian macamtu berdasarkan soalan tu? Tak tepat. Mungkin je kau yakin gila tapi kau lagi selesa mendengar atau cakap dengan orang yang kau kenal je. Jadi soalan aku tadi kurang valid untuk ukur keyakinan diri. Bayangkan ada 10 soalan lebih kurang mcmtu, akhirnya bila keluar skor, aku interpretasi kau tak yakin dengan diri. Agak2 ujian tu valid tak?

Kedua, Reliability

Kalau aku tanya soalan sama 2x, kau akan bagi jawapan sama ke lain? Patutnya kalau ujian tu reliable, kau akan bagi jawapan konsisten. Contohnya, aku terbalikkan soalan tadi: • Dalam situasi sosial, anda TIDAK akan bercakap dengan ramai orang? Ya / Tidak. Soalan sama tapi aku terbalikkan je. Patut kalau awal tadi kau jawab Ya, soalan kedua ni kau jawab Tidak, baru konsisten. Kalau aku tanya soalan sama tapi orang jawab tak konsisten, maknanya soalan tu mengelirukan & tak reliable. Jadi, untuk tahu ujian yang kita jawab tu boleh percaya atau tak, mesti kena ada tahap validity & reliability yang tinggi.

Ini yang pelajar psikologi belajar dalam subjek psikometrik, pengujian psikologi & analisis data. Biasanya subjek ni orang tak suka sebab susah.

Memang kompleks kan? Itu pun belum cukup, kalau ya pun ujian tu ada reliability & validity tinggi, soalan2 tu mesti disesuaikan dengan budaya setempat pula. Contohnya, orang Barat buat ujian nak uji personaliti, dia tanya :

  • Selalu pergi church tak?
  • Selalu pergi pub tak?2129

Kalau jawab Ya, maknanya kau personaliti ekstrovert. Kalau jawab Tak, maknanya kau introvert. Tapi, kau jawab TAK sebab kau pergi masjid, bukan church. Kau pergi mamak, bukan pub. Maknanya soalan tu tak sesuai dengan budaya kita, buat kau keliru. Aku nasihatkan korang hati2. Jangan percaya bulat2 dengan interpretasi test2 yang kau jawab online tu. Elok tanya pakar dulu, test ni ok ke tak. Biar diorang check validity & reliability dulu. Tapi kalau kau nak jawab suka2 sebab kau bosan sangat, ikut suka kaulah.

Akif Basri Fellow Young Minds Malaysia

young_editor Articles

Leave a Reply

Your email address will not be published. Required fields are marked *